adam khoo

November 13th, 2007 by payatinc

Secrets_of_self_made_millionaire_1 14.11.07 - beberapa hari lepas finale. Kesempatan yangt ade digunakan untuk menyambung hobi yaang dah lame terbengkalai - reading or membaca.
Beberapa buku paal motivation dan personal finance masih belom habih dibace. Antaranye Secret of Self Mad eMillionaire by Adam Khoo-just to name a few. So malam td dapat la bace beberapa muka surat. Mate pon da mengantok. Bagus buku ni. Bukanlah bace buku ni untuk manjadi millionaire, tapi buku ni mengajak kite untuk lebih menghargai duit yang kite perolehi dan bukan untuk membazir.

Live within or below our means - itulah message yang ingin diutarakan oleh Adam Khoo dalam buku ni. Adam Khoo himself hidunye sangat FRUGAL. Even income die Sing Dolar 1000 untuk satu jam ceramah yang diberikan dan pada satu hari die berminat untuk membeli cellphone yang berharga $800. Sebelum beli cellphone tu die fikir banyak kali dan die fikir kalau die invest duit tu die bleh beranakkan duit tu tapi kalau die just beli cellphone tu he got nothing. What a financial genius!

Adam Khoo walks the talks, talks the walk. Ape yang membuatkan die sungguh istimewa ialah die seorang yang FRUGAL. Ini amat dituntut dalam Islam. Azizi Ali juga seorang yang frugal. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga frugal. Dalam satu buku yang diterbitkan yang bertajuk Millionaire Next Door - ramai millionaire mengamalkan cara hidup yang sedehana. CEO Berkshire Hathaway aka Wareen Buffet juga sangat frugal. Die just tinggal di rumah yang mempunyai 3 bilik yang dibeli berpuluh-puluh tahun dahulu. Walaupun memiliki syarika private jet terbesar di dunia, die tak pernah menaiki private jet.

Ivgar Kamprad juga seorang yang frugal. Die merupakan pengasas IKEA dan fly hanya dalam ekonomi class. What a great! Inilah sebahagian daripada orang2 yang berjaya merancang dengan teliti personal finance mereka dan dengan itu mereka telah berjaya menjadi millionaire yang berjaya.

Kalau berminat untuk membaca buku ni boleh la beli kat Kino or MPH. Murah je. RM50. Don’t think it as an expense but think it as an
investment. RM50 is nothing if it can give you back RM500, RM5000, RM50000 or even RM 1 million!. So start from now, manage ur money!
Komen Anda?

Friend Forever

November 13th, 2007 by payatinc

Img_0017_resize
13.11.07 - Masih ade 17 or 19 hari lagi sebelum sume bebudak B.Acc wat praktikal. Bagi yang start praktikal 1.12.07 masihade 17 hari lagi and sape yang start praktikal at 3.12.07 0f course 19 hari lagi untuk mencapap+berehat-rehat+mencuci mata
sebelum berhempas pulas mungkin ketika praktikal nanti. Sume docs utk praktikal da settle n bagi sape yang x amik lagi buku log and cover letter kena lah amik cepat2…Dah 2 hari habis finale, rumah sewa pon dah start kosong. Palem n sonat balik pagi. Tgh hari ni tadi giliran Rasis & Zaim pulak ‘fly’ balik rumah. Sedap tu memang la sedap da habis finale . tapi bile difikirkan balik kesusahan sume paper - horror jugak.:D. Lagi-lagi paper AIS - strict tu…Sekarang ni sume paper pun killer
paper. Not take into account Mandarin + BEL la…Kitorang bebudak kelas Mummy kelas memang sempoi, tapi xtau la die marking camne…Kalau strict mampuih jugak. Yang penting kena maintain 3 pointer. That’s a must plus mandatory. By hook or by crook must get 3 pointer. Malam tadi memang puas betul mencapap. Makan kat pumpkin, main bowling, makan lagi kat Bonda Steambot and finally mencapap kat Dataran segar yang amat. Of course cuci mate kat sane. Plus amik gambar2 kenangan. Almaklumla pasnidah 6 bulan tak jumpe…Sebelum balik kg ni masing2 sume cakap pasal 6 bulan tak jumpe. Alahai bukan lame sangat pun…

Start praktikal 3.12.07, 20.12.07 raya haji, 25.12.07 dah krisman and dengar2 28.12.07 daftar as student kat uitm pulak.Sounds kena adjust utk balik bercuti je. Tapi kalau macam aku xkesah la, bukan jauh sangat pun. Praktikal kat UEM je. Tak
penah sampai pon lagi bangunan UEm tu. So tak tau la kat mane tempatnye. Cuma baru tengok map dalam web UEM je. Tengok macam dekat dengan Istana Negara. Istana tu la yang penyokong2 Bersih Rally hantar memorandum untuk menuntut pilihanraya yang bersih. 0o0o0ops, dah masuk bab politik la pulak. Enuf bout that. Harap selama 6 bulan ni dapatla kte sume menggali sebanyak mungkin pengalaman untuk dibawa ke alam pekerjaan nanti. of course it is a value addded activity. Bukan senang nak dapat peluang untuk menimba pengalaman camni. RM100 or RM200 or RM300 or RM400 or RM500 - it doesn’t really matters at all. Elaun yang diberikan tu duit ehsan je daripada tokey tempat praktikal. Yang lebih penting dan nombor wahid - pengalaman. Pengalaman tu equal tu ilmu la…

Jom kite tengok kisah2 org yang berjaya dalam career mereka. Contohnye Donald Trump ialah seorang businessman yang berlatar belakangkan law. Dia pernah bankrupt dan dengan ilmu yang die ade, die kembali bangkit untuk menjadi antara orang yang paling kaya di US. What a great! Disebabkan ilmu+pengalaman yang die ade, die boleh jadi kaya semula. Bukanlah kekayaan tu dijadikan ukuran kebahagiaan or kejayaan. Tapi untuk menunjukkan dengan ilmu yang dimiliki insyaAllah yang lain akan ikut datang kepada kita.

Surah yang pertama turun ke dunia ke pada kekasih Allah mengajak kita menuntut ilmu. IQRAQ!=bacalah dalam bahasa melayu totok kite. Dalam tafsiran yang mendalamnye tuntutlah ilmu. So the 1st step untuk menuntut ilmu adalah dengan membaca. Tapi dengan kemajuan dunia pada hari ini, bukan sahaja membaca kita menuntut ilmu. Dengan menonton siaran edutainment juga dapat membantu ita mengumpul ilmu. Sebagai contoh aku sendiri suke menonton cite Prison Break dan Smallville. It is a superb drama. Dengan menonton cite2 camni dapat membantu english aku yang moderate ni. Tu baru contoh mudah.

Lagi satu contoh cerita kejayaan Steve Job. Anda sudah tentu tahu mengenai IPod, Nano IPod, Apple dan ITune. Ni sume produk syarikat di mana Steve Job yang menjadi CEO nye. Steve Job ialah pengasas Syarikat Apple. Die menerajui Apple sehinggalah satu masa di mana die sendiri dipecat daripada syarikatnye. Cuber anda sume bayang kan. He himself was ousted from the very company he founded! Ini dibuat kerana raamai or bawahan Steve xpuas hati sebab die seorang yang hot-tempered. Berkat dengan keyakinan - everything happens for reasons - die telah menubuhkan syarikat lain. Antaranya Pixar. Kalau korang sume nak tau Pixar ni yang buat banyak cite2 animasi. Contohnye Toy Story…Can you imagine how success are him? Even though he fired from the very co he founded. Setelah beberapa tahun dia meninggalkan Apple, syarikat tu pon memnunjukkan tanda2 nak bankrupt. Then die dipanggil kembali untuk menerajui Apple. Die pon menerima tawaran itu dengan gaji $1 setahun dan inimena telah menjadikan Steve CEO yang menerima gaji terendah di dunia! Bukanlah Steve nak buat record tetapi telah menjadi passion die untuk menerajui syarikat yang telah diasaskan sendiri olehnya. Kesimpulannye, berkat dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh Steve, die telah berjaya mengasaskan syarikat2 yang berjaya - Apple dan Pixar - sebagai contoh. Itulah powernya ilmu ni.

Berbalik kita kepada kes praktikal tadi. Inilah masenye kita nak menuntut ilmu. Nak manimba pengalaman sebanyak mungkin. Seorang lecturer ada berkata - jangan persoalkan berapa tokey tempat praktikal kite beri, tapi persoal berapa yang kite beri kepada mereka. Besides, ade jugak yang cakap kite kena bagi 2 0r 3 kali gande daripada nilai elaun yang bakal kita dpat nanti. Sejauh mana kebenarannye masih belum diketahui sebab aku n korang sume masih belum menjalani latihan praktikal ni. But wait, janganla sampai kesihatan kita pulak terjejas. Kita nak praktikal je, bukan nak pergi masuk 7 kaki bawah tanah ceapt2. Kawen pon belum lagi…Huhu.Nasihat En Razali - relax, kalau ade mase lapang relax la, xpayah tension2. So let su take his words.

Bagi yang praktikal ade kawan daripada sini. At least ade la teman. Kalau macam aku cuak jugak sorang2. Dah la xbrape pandai. Ingat pulak sume yang blaje dulu.huhu.Tu yang takut jugak ni. Bak kate ade sorang budak tu - xde tempat mengadu.Hehe.But tu sume tak penting, yang penting sekarang nak dapat pengalaman. Kalau macam aku, memang tak berminat nak buat external accounting ni. Sebab tu aku nak buat internal je. So buat la kat UEM. Lagi pun, UEM syarikat yang berkembang sekarang. Dengan seperti IDR, 2nd bridge Penang dan overseas seperti di DUbai, ni la tempat yang best aku rase nak buat praktikal. But wait,
bukanlah nak kate tempat orang lain xbest. Diorang lagi superb!!!Macam2 syarikat and bertaburanlah diorang sume satu Malaysia amnya dan satu Johor khasnya. Ade jugak yang beriya nak buat kat Damansara. Ape yang best kat Damansara ek.Kota Damansara to be exact..Huhu.

Kawan-kawan, kitorng budak rumah sewa taman harmoni ade bagi pesanan kat vid youtube kat frenster aku. So feel free to have a look at it…

Anyway, kepada kawan2 sume….SELAMAT MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL!!!Korang rase praktikal ni best ke tak? Comment anda?

Ma Favourite Site

November 11th, 2007 by payatinc

www.inmagine.com
www.imeem.com
www.malaysia-today.net
www.isohunt.com
www.forom.com
www.subscene.com
www.keepvid.com

Simple ways to cut expenses

November 11th, 2007 by payatinc
5series_security_overview

Special Report:
by Azizi Ali
Perhaps the single highest expenditure of every family is the transportation bill. The
amount of money spent on fuel, parking, toll and not to mention paying the car loan often run into some big obscene figure. And it’s never a pretty sight.

Worse, we often argue that the cost is justified. “Hey, we need wheels to get around, you know. And since we already paid fifty thousand for the car, we can’t just let it rust in the garage, can we?”

Now while some of the points are valid, it may do us some good to review some of the points about traveling. If we can cut down just ten percent of our transportation bill, that’s an extra ten percent available for more productive use.

Buy cars with low engine cc

First thing we can do is to choose a car with a lower cc. The obvious example is the cute little Perodua Kancil. But if you find it a teeny weenie bit too small, then any engine below 2 liters should be fine. On the other spectrum, any cc above 2.5 liters will just suck in fuel like water. This is not counting the higher road tax yet. So if you do buy those big cc cars, don’t complain about high fuel costs. You know what you are getting into. Style, if you have not realized it yet, often cost a lot of money. A lot.

Service the car regularly

Make it a point to send the car for service regularly. While you may think it is expensive, it is actually cheaper to do so in the long run. Firstly, your car will burn less fuel. A badly tuned engine will burn more fuel than one that is well maintained. This will cost you money. Next, you reduce the chances of the car breaking down while driving. I don’t know about you but the thought of the car breaking down in the middle of the night in a dark deserted road just about kills me. Thirdly, you also reduce the chances of being involved in an accident due to poor maintenance. And if you still think servicing the car is still expensive, try having an accident.

Drive slower

You will also reduce the fuel burn by driving slower. If you are used to driving at 110
km/hr, you will save some 20% of fuel just by slowing down to 80 km/hr. That means the fuel will last longer and you will refill less often. End result - you save money.

Do not carry unnecessary cargo

Obviously, the heavier the car, the more fuel will be needed to move the car. Carrying unnecessary cargo therefore will just cost you money. So, remove all items that do not belong in the car and keep them where it does not cost you money. The store room should be about right.

Ensure correct wheel pressure

Under inflated tyres can increase the fuel consumption by 10 percent or more. They also wear out more quickly and are more dangerous in emergency situations. So always ensure that your tyres are having the correct pressure by checking them weekly.

Always check the map before driving to a new destination

Always, always check the map before driving to any new destination or any place that
you are unsure of. What you want to do is to get to your destination the most straight forward way, if not the quickest. This way, you avoid getting lost and driving around in circles. Because if you do get lost, driving around town in circles will just cost you money. Not to mention of the irritation and rising temperatures.

Car pool
Car pooling will not reduce your fuel bill directly. But it will more than subsidize the
cost. If you take in more than one passenger, you may even make money in the process! This is not counting the fun of having company to entertain you yet.
Use the public transport
And finally, to save even more, you can always take the public transport. Especially
when going to a spot well known for traffic jams - Jalan Sultan Ismail for example - take the LRT instead. You’ll arrive there faster, fresher and less hassled. Way to go, kiddo.
And if you want more…
If you like to find out more ways to reduce your expenses, check out the book 1001 Ways to Cut Your Expenses" by Jonathan D. Pond. Needless to say, it is full of ideas in which you can save money. Even some far-out ideas that no one will think of in a thousand years. Examples - ask for a modest tombstone or even more drastic, to be cremated instead of being buried! Nothing will top that!
ends

ur opinion?

Menetapkan Matlamat

November 11th, 2007 by payatinc

Rbv0150007

Menetapkan matlamat dengan memandang ke hadapan by osman affan

                            

Minggu lepas, saya ada soal anda tentang apa yang ingin anda capai dalam tahun 2007 ini. Sudahkah anda fikirkan apa jawapannya?

                            

Mungkin ada antara anda yang mahu mendapat 8A dalam peperiksaan PMR
atau 10 A dalam peperiksaan SPM. Ada juga antara anda yang mahu
memenangi pertandingan sukan atau mahu mewakili sekolah anda dalam apa
jua acara dan bidang pilihan anda.

                            

Walau apa pun yang anda ingin capai, anda perlu pastikan ia sesuai
dengan apa yang anda mahu capai di masa akan datang. Pernahkah anda
terfikir di mana anda akan berada 5 hingga ke 10 tahun akan datang?

                            

Menetapkan matlamat bermula dengan anda melihat ke hadapan. Anda lihat
diri anda beberapa tahun ke hadapan dan bayangkan apa sebenarnya yang
anda mahu capai. Sebenarnya, tidak ada halangan untuk anda mencapai apa
sahaja yang anda inginkan.

                            

Cuma,
pastikan apa yang anda ingin capai itu bukan sesuatu yang salah di sisi
undang-undang atau batasan agama. Contohnya, janganlah anda
bercita-cita hendak menjadi perompak atau pencuri professional pula. J

                            

Fikirkan, jika anda sekarang berumur 15 tahun, apa yang ingin anda
capai bila anda berusia 20 tahun dan apa yang mahu anda capai bila anda
berusia 25 tahun? Begitu juga jika anda sekarang berusia
13,14,16,17………. apakah yang ingin anda capai dalam 5 ke 10 tahun akan
datang?

                            

Jika 10 tahun akan datang anda bercita-cita menjadi mekanik paling
hebat di daerah anda, tentu anda tahu yang anda patut mula belajar
sesuatu tentang kerja mekanik mulai sekarang. Jika anda mahu menjadi
seorang tukang masak professional 10 tahun akan datang, tentu anda
sedar bahawa anda perlu belajar kemahiran memasak itu bermula sekarang.

                            

Tambahan lagi, bila anda mahu jadi mekanik atau tukang masak hebat,
anda juga perlu pandai menggunakan bahasa selain Bahasa Melayu,
terutamanya Bahasa Inggeris. Bahasa ini akan membantu anda belajar
dengan lebih banyak tentang bidang anda kerana banyak bahan bacaan dan
bahan pendidikan tertulis dalam Bahasa Inggeris. Jadi, anda perlu
tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sekarang.

                            

Dengan melihat ke hadapan, anda akan dapat rasakan betapa seronoknya
jika matlamat dan impian anda itu tercapai. Anda akan jadi lebih
bersemangat untuk berusaha sekarang. Persoalannya, ada antara pelajar
yang mengatakan bahawa, cita-cita mereka pada masa akan datang tidak
ada kena mengena dengan apa yang mereka pelajari di sekolah sekarang.

                            

Jadi,
mengapa perlu mereka membuang masa di sekolah? Contohnya, jika mereka
mahu menjadi mekanik, apa gunanya mereka belajar sejarah dan geografi?
Jika mereka mahu menjadi seorang peniaga makanan, mengapa perlu mereka
belajar subjek muzik atau sastera? Pernahkah anda terfikir begini?

                            

Mari saya kongsikan pengalaman saya sendiri. Semasa saya ditingkatan 1
hingga tingkatan 3, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Tok Jiring. Di sekolah ini, saya pelajari banyak subjek termasuk
subjek Bahasa Arab. Di tingkatan 4 dan 5 pula, saya bersekolah di Kolej
Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang.

                            

Di
sini, saya pelajari 10 subjek termasuk Bahasa Arab dan beberapa subjek
Agama Khas. Persoalannya, adakah saya mahu menjadi seorang Ustaz kerana
saya pelajari banyak subjek Agama? Tentu tidak bukan?

                            

Saya sambung pula pelajaran dalam bidang Perakaunan dan Kewangan di
United Kingdom. Setelah habis belajar, saya bekerja dalam bidang
perakaunan selama 3 tiga tahun dan kemudian menyambung pelajaran dalam
Ijazah Sarjana khusus dalam Bimbingan dan Kaunseling. Kini, saya
merupakan seorang pelatih pakar dalam bidang Motivasi dan Kemahiran
Belajar.

                            

Soalan saya kepada anda, adakah subjek Agama dan Bahasa Arab yang saya
pelajari dulu sia-sia kerana saya tidak jadi seorang Ustaz? Adakah
subjek perakaunan yang saya pelajari dulu sia-sia kerana saya tidak
menjadi seorang akauntan?

                            

Sudah tentu tidak sia-sia. Semua ilmu yang saya pelajari dulu masih
lagi membantu saya dalam menjalani kehidupan saya kini. Ilmu-ilmu itu
semua meluaskan pengetahuan saya kerana walaupun saya sekarang bekerja
dalam bidang motivasi dan kemahiran belajar, saya juga mempunyai
pengetahuan dalam bidang Agama dan juga perakaunan. Ini memberikan saya
satu kelebihan yang tersendiri.

                            

Hari Selasa depan, Insyaallah kita akan bercerita lagi tentang matlamat
dan bagaimana caranya untuk anda berusaha dan mencapai apa yang anda
inginkan dalam hidup.

Menetapkan Matlamat

November 11th, 2007 by payatinc

Ih024048Tahun 2007 sudah bermula. Biasanya,
pada awal tahun, orang ramai sibuk bercerita tentang azam baru. Mereka
sibuk bercerita tentang apa yang mereka mahu capai dalam tahun baru ini
dan apa perubahan yang mahu mereka lakukan.

                            

Tetapi, tidak ramai pula yang bercerita tentang azam mereka tahun lalu.
Adakah azam mereka tahun lalu telah tercapai? Jika mereka ada 10 azam
yang ingin dicapai tahun lalu, berapa banyakkah yang telah tercapai?

                            

Cerita saya hari ini ada kena mengena dengan azam. Cuma ada sedikit
perbezaan. Selama ini saya lihat orang ramai kaitkan azam dengan
sesuatu yang perlu dilakukan pada awal tahun. Kemudian, azam itu akan
dilupakan. Malah, ia jarang diusahakan. Jadi, saya tidak akan gunakan
perkataan azam itu. Saya akan gantikan perkataan azam itu dengan
perkataan matlamat.

                            

Apa maksud matlamat?

                            

Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda capai.
Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang
bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda menggunakan matlamat setiap hari.
Contohnya, anda ingin pergi ke kedai untuk membeli gula. Jadi, gula itu
adalah matlamat anda pergi ke kedai. Anda hendak pergi ke padang untuk
bermain bola. Jadi bermain bola adalah matlamat anda pergi ke padang.
Senang bukan?

                            

Contoh di atas itu adalah contoh matlamat yang mudah. Anda tidak perlu
berfikir panjang untuk menetapkan matlamat tersebut. Anda juga tidak
perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat anda. Jika matlamat anda
adalah membeli gula di kedai, anda cuma perlu pergi ke kedai, beli gula
dan pulang ke rumah. Mudah sahaja matlamat itu terlaksana.

                            

Bagaimana jika anda ubah sedikit matlamat anda di atas. Katakan, anda
ingin pergi ke kedai, beli gula dan pulang ke rumah dalam masa 10
minit. Selalunya anda perlu mengambil masa selama 20 minit. Tentu
matlamat ini akan jadi lebih mencabar bukan? Apa yang perlu anda
lakukan untuk mencapai matlamat baru ini?

                            

Jelas sekali, anda tentu perlu fikirkan berapa lama masa yang anda
boleh jimatkan dalam perjalanan. Kalau selama ini anda berjalan,
perlukah anda berlari? Anda juga perlu fikirkan tentang menjimatkan
masa semasa membeli gula itu. Kalau selama ini anda suka meronda-ronda,
berjalan-jalan dan membuang masa memerhatikan barang-barang yang anda
tidak perlukan, perlukah anda hentikan semua itu dan terus dapatkan
gula apabila anda sampai?

                            

Semua persoalan baru yang timbul ini adalah disebabkan anda mempunyai
matlamat yang lebih jelas dan lebih menarik. Matlamat ini semua
memerlukan anda untuk berfikir dengan lebih kreatif. Anda juga perlu
bersedia untuk membuat perubahan dan sanggup berusaha dengan lebih
bersungguh-sungguh.

                            

Apakah faedahnya semua ini?

                            

Mudah sahaja. Jika anda pulang 10 minit lebih awal dari kedai, mungkin
anda dapat menonton cerita kegemaran anda di television. Anda juga
mungkin mempunyai banyak masa untuk buat kerja-kerja lain. Semua faedah
ini akan ditentukan oleh anda sendiri. Anda boleh memilih faedah apa
yang anda inginkan daripada matlamat anda nanti.

                            

Jadi sebagai permulaan, saya mahu anda faham bahawa matlamat ialah sesuatu yang anda ingin capai.

-bersambung-

komen anda?

source - osman affan

Baca… jangan tak baca

November 11th, 2007 by payatinc

Paa423000003Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…
 

Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta)

Sekiranya
anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku
setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat
menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan
menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah
anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai
tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang
masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

    

Pendapat Anda?

source : irfan khairy

berahkirnye syawal disambut dengan akhir finale!

November 11th, 2007 by payatinc

11.11.07 - What a  date! Akhirnye habih jugak finale. And of course disambut dengan berakhirnye syawal, vice versa. 9.11.07 special jugak sebab dah ajak member taman harmoni & taman bunga raya datang rumah as guest penutup untuk raya ni. Macam biase hepi ajak member² datang rumah beraya. Almaklumla tetamu membawa seribu rahmat. Sempat jugak la bergambo and amik vids sikit. Harini nak try upload vids diorang datang rumah haritu tapi macam biase 1st attempt gagal. Tension tu tunggu lame² and then xdapat. As of now tengah 70% progress upload. Kalau dapat kawan² jangan lupe tengok ye…Ala, vid amatur je…Yahoo!..Da habis finale then now the top priority is pactical training. Tak tau la tu macam mane keadaannye nanti. Hope ok je. Macam biase, merata-rata sume budak² buat praktikal. Harap sume dapat pengalaman yang berguna la nanti. Sume al-confirm nak jadi auditor kan. InsyaAllah. Aku praktikal dekat je kat UEM. Jadi org KL jap. Kejap tak kejap la jugak-6 bulan:). So kepada sume kawan²-enjoy ur practical training ye! Gracias

subconscious minds

November 10th, 2007 by payatinc

Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”.

Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).

Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.

Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.

Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.

Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…

Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.

Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!

komen anda?

source - irfan khairy